Friday, April 24, 2009

Bertahun berlalu.....sesaat tidak lupa

Buat teman-teman jom kita imbas kembali zaman muda remaja kita...
Semua gambar ni adalah zaman kenangan zaman persekolahan cikgu masa tingkatan 3 sampai tingkatan 5.

Gambar ni untuk majalah sekolah kalau cikgu tak silap Persatuan Bahasa Inggeris.Guru yang beso kat tengah tu Mr. Joginder Singh.Sebelah cikgu tu kawan cikgu Hanani, Linda & Nadia.Masa ni form 5.

Ha..dua orang guru tu ustazah..yang pakai kaca mata tu ustazah Najmiah.Sekarang ustazah ni adalah rakan setugas cikgu kat munshi.Macam tak caya lak...dulu panggil ustazah sekarang panggil Kak Najmiah je..he..he..he..Gambar ni cikgu tak ingat persatuan ape tapi kalau ustazah mesti Persatuan Agama Islam kot.

Saat-saat bahagia bersama rakan cikgu Ija...rasanye ini belum exam SPM lagi sebab tu suke je....


Yang ni adalah gambo kenangan yang paling kelakar.Kalau cikgu tengok mesti gelak punye.Ada cerita disebalik gambar ni...hanya cikgu dengan rakan cikgu yang dalam gambar ni saja yang tahu....(tak termasuk yang tido tu)....keh10.Gambor masa gi rombongan KL-Melaka masa form 3.

Ini gambar kat Melaka juga...dengan Icah.Camne ok tak cikgu posing....he..he..

Jeng3....bergambar di depan mural paling cantik di SMIS masa tu...Masa ni cikgu form 4.Kalau tuan yang lukis mural ni tengok gambar ni.....mural ni dah takde masa cikgu mula bertugas diSMIS. Mural ni pun ada storynye juge....

Ha...ini gambo candid.Masa ni form 4...Gambo nie sebenonye nak ambil gambar kawan cikgu yang nampak separuh tu...Yang ni khas buat Ija yang tengah jeling tu....he...he...

Gambar ni diambil dibelakang pentas sebelum cikgu dengan kekawan buat persembahan sempena hari guru.Best sangat masa tu...kita orang buat tarian India + tarian buluh.Tapi kawan cikgu yang pakai baju kuning tu telah pulang ke rahmahtullah....Zarina...Al-Fatihah.

Ini juga gambar kenangan yang cikgu tak bolah lupa...masa rombongan ke Melaka.Masa tengah hujan...baju dah basah kuyup tapi nak posing juge...he...he..he..

Ini gambar kelas masa form3......lama tak jumpe kekawan semua

Ini pula gambar kelas masa form 4...cuba cari mana cikgu...Salah seorang kawan cikgu dalam gambo ni pun ada yang telah kembali ke rahmahtullah...Mokhzani....Al-fatihah....

Teng3........Gambo ni cikgu tak tau..bila cikgu buka album lama tiba2 ada pulak gambar kelas pelajar form 6.Hmmmm...macam mana cikgu dapat gambo ni ye?He...he...he...rahsia.
Okey le inilah sedikit sebanyak kenangan zaman persekolahan cikgu.Sebenonye banyak lagi gambo kalau ada masa cikgu masukkan lagi.












Wednesday, April 8, 2009

Puteriku





Ini Nor Auni Afrina...cute tak?Anak cikgu yang kedua. Mulutnya petah sikit sekarang dah 4 tahun...


















Ha...ini anak cikgu yang sulong...kak long. Nama dia Nor Aina Syauqina....Kak long nie suka posing..Sekarang dah 6 tahun.Ish2...tak sedar rupa-rupanya dah besar puteri2 cikgu ni...

















Inilah ayah kepada puteri2 cikgu...jauh bezakan muka anak-anak cikgu.....Gambar ini masa jamuan makan malam kat asrama sekolah.

















Monday, April 6, 2009

Salam perkenalan.....
Terima kasih kepada mereka yang sudi melayari blog cikgu dieda ini.Kenapa cikgu dieda....sebab dieda nama panggilan cikgu dirumah maksudnya mak dengan abah cikgu panggil nama ini.
Cikgu tergerak hati nak buat blog sendiri sebab kalau boleh tak nak le ketinggalan dalam perkembangan dunia IT ni.Yelah...anak mrid sibuk tanya..cikgu ada blog tak?Kadang-kadang segan nak jawab sebab pada mulanya cikgu sendiri pun tak tahu apa blog ni.He..he...

Jadi dengan adanya blog cikgu dieda ni boleh le...kawan-kawan cikgu atau pun anak murid cikgu tahu perkembangan terbaru cikgu ke..atau bolehlah kita berkongsi pengalaman atau idea.

Nanti dalam blog cikgu ini..akan cikgu cuba selitkan juga kenangan cikgu masa sekolah dulu-dulu.Jadi kalau ada kawan-kawan yang buka blog ini nanti jangan le terkjuk pulak kalau gambo kita masa muda remaja dulu terkeluar kat dalam blog ni...

Cikgu rasa sampai sini dulu untuk permulaan.Jadi kalau ada sebarang komen atau cadangan silakanlah.

Wassalam.